Wednesday, February 23, 2011

Upside down (episod 1)



















Dunia hari ini tunggang-langgang

Perang sana-sini, kezaliman dari bawah ke atas
Ekonomi berat sebelah, harta beredar dalam tangan mengebas
Yang miskin meminta-minta, lalu si kaya menherdik membalas
Setelah semua sisa kudrat masakin* diperkuda dan dikebas
Kononnya memperjuangkan sistem ekonomi bebas

Hidup kita hari ini tunggang-langgang

ya, kau dan aku sibuk mencari beras
dengan profesi yang konon ada kelass
yang kau dan aku kejar dalam kelas
lewat sekolah dan kampus yang teratas
Padahal kau dan aku hanya terperangkap tidak lepas
dalam perlumbaan tikus yakni RAT RACE

Apa kejadahnya RAT RACE?
Lihatlah sehari2 apa yang ko berhabis
Rumah, kereta dan isi2 nya yang duit terhabis
Di mana rumah dibeli dekat dengan ofis
Kereta gunanya lenjan ke ofis
Telefon kau hubungi yang berkaitan bisnis
Untuk mengejar pay slip yang asas
Lalu gunanya membeli berhutang yang di atas

Sedarkah kau dan aku
Bagaimana harus kita saling membantu
agar tidak terjerumus selalu
dalam putaran yang kita benci itu?

....... (to be continued)







Tuesday, October 05, 2010

GEMPAR! Diserang yahudi, 19 syahid, 12 rakyat Malaysia hilang!!!

Sebentar tadi saya mendapat SMS ber'bunyi':-

Penulis terkejut semasa membaca mesej tersebut (Gambar cadangan untuk hiasan)

" Innalillahi wa inna ilaihi rooji'un. Baru saja dpt kbr dri Dompet Duafa: ambulan Team Mercy yang bwa doktor2 dr sluruh dunia mnuju Plaestin dibom Yahudi laknatullah, 19 org syahid, 12 org dokor Team Mercy Malaysia blm ditemukan. Mhn doanya dr semua mukmin/mu'minah. Dari ISH."

Astaghfirullah! I was gasped by the news. Could it be true? Even it was from a relative of mine, as an educated person, I have to confirm the source of the news. Always 'Tabayyun' as taught by Quran in Al-Hujerat verse no 6.

To verify the news i Google up by the keyword "Dompet Duafa". Above all, someone's Twitter link was the first on the search results (with google 'Latest' function turned on) and did posted the same message as above. From the twitter I tried to get into the source, if any and found nothing. I went back to the search result just now and instead came across to kompas.com's article titled "Mer-C bantah informasi di Twitter".

I read it and shockingly it denies the previous message regarding the involvement of 'Dompet Duafa' in such convoy in middle east. You may further read it by clicking the title's link above.

I believe that this was not the first time that any of us receive such utterly shocking musibah, especially when it happens to Malaysian Muslims and relates to Falestin issues. Most of the time, those news were rather rumors or 'khabar angin'. People tends to spread the unconfirmed informations without second thought, irresponsible for how accurate they are.

" O ye who believe (mukminin)! If a wicked person (fasiqun) comes to you with any news, ascertain the truth, lest ye harm people unwittingly, and afterwards become full of repentance for what ye have done."
(Quran, Al-Hujerat (49): 6)

Saya beristighfar panjang, betapa mengenangkan sikap segelintir kita yang terburu2 kononnya untuk menyebarkan kesedaran tanpa mengetahui bahawa kita sebenarnya sedang terperangkap dalam permainan pihak tertentu (sila buat kajian ya).

Mengenangkan petikan ayat (teks merah) di atas, "...maka telitilah kebenarannya...". Betapa kita telah menyalahi tuntutan Allah SWT melalui ayat tersebut dalam keghairahan menyebarkan sms (mungkin disebabkan caj yang murah barangkali, cuba kalau RM2 per sms!).

"..Agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kebodohan, yang akhirnya kamu menyesali perbuatan itu". Dalam isu ini kemungkinan kita sedang diketawakan oleh mereka yang tertentu, melihatkan kebodohan kita. Tergelak kerana terpamer sikap taklid (menurut membuta tuli) kita. Langsung tidak mencerminkan tahap intelektual seorang muslim. Syarikat telekomunikasi hepi je kerana berapa banyak sms dihantar pada satu detik!

Bukankah sekarang ini terdapat lambakan tools atau kemudahan untuk membuktikan kesahihan berita tersebut? Paling mudah guna sahaja Google. Luaskan horizon pemikiran dengan melayari link2 yang berkaitan, lalu hubungi individu tertentu yang diyakini mempunyai keluasan pengetahuan untuk berbincang. Seterusnya buat konklusi (ijtihad orang awam) samada benar atau tidak.

Marilah sama2 kita mengubah sikap taklid kepada sikap seorang researcher yakni sentiasa mengesahkan authenticity sesuatu maklumat. Bukankah ini sikap yang dipelopori para tabiin, para ulama terdahulu dalam menentukan kesahihan hadith2 daripada Rasulullah SAW? Bukankah kita (muslim) lebih mengetahui akan kerasnya ancaman bagi orang yang menyebarkan fitnah?

" Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana" (QS 2:32)

Sehingga bertemu. Wallhu a'lam.

Wednesday, August 18, 2010

Dingin Ramadhan...


Assalamualaikum...

Aneh kurasakan saat ini, pada tanggal 8 Ramadhan 1431. Rasa dingin menusuk kalbu (juga tulang sum-sum). Ya, memang tika ini musim hujan di Tronoh dan kawasan yang sama iklim dengannya. Sejuk ketika berbuka, bersahur dek hujan yang berterusan dari malam ke paginya. DIngin ini barangkali satu rahmat dari ALLAH sesuai dengan firman-Nya dalam Al-quran [1], Surah Al-A'raf ayat 57 (7:57):-

"Dan Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan RAHMAT-Nya (hujan); hingga apabila angin itu telah membawa awan mendung, Kami halau ke suatu daerah yang tandus, lalu Kami turunkan hujan di daerah itu, maka Kami keluarkan dengan sebab hujan itu pelbagai macam buah-buahan. Seperti itulah Kami membangkitkan orang-orang yang telah mati, mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran."

Jika dingin yang itu, Subhanallah wa Alhamdulillah. Rahmat di Tronoh yang tandus. Namun, bagaimana jika sebaliknya? Yakni keDINGINan jiwa dalam menyambut Ramadhan menjelang fasa ke-2 nya. Coba kita lihatkan situasi surau atau masjid setempat. Pada awal Ramadhan terasa kemeriahan umat menyambut bulan mulia ini. Saf solat fardhu berjemaah berganda, lebih-lebih lagi solat tarawih. Laungan selawat dan zikir di antara terawih disahut lantang. Moreh menjadi rebutan jemaah, walaupun akhirnya menjadi habuan kanak-kanak yang bermain-main di sekitar masjid. Setiap individu dalam umat ini, meraikan dengan amal ibadat yang tidak pernah terfikir pun mampu dilaksanakan sebelum ini. Tidakkah kemeriahan ini suatu rahmat ALLAH?

"Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tidak ada seorangpun yang dapat menahannya; dan apa saja yang ditahan oleh Allah maka tidak seorangpun yang sanggup melepaskannya sesudah itu. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (al-Fathir: 2)

Ku perhati diriku dan sekeliling, semuanya makin susut. Baik kualiti mahupun kuantiti. Saf-saf solat mula mengecut, terang lampu bilik dikala subuh makin malap dan suara-suara merdu melagukan Quran sayup kedengaran. Semangat berbibadah makin layu! Mengapa gamaknya? Bukankah 'tiada ' lagi setan-setan penghasut? Daripada Abu Hurairah dalam Riwayat Bukhari wa Muslim:-

"Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka
dan diikat segala syaitan." [2]

Tuan-puan yang dirahmati ALLAH,

Rupa-rupanya, dari hari ke hari berlakunya proses filtration (tapisan/saringan) dari Allah SWT terhadap pelatih-pelatih Ramadhan. Filtration dengan turunnya ujian-ujian yang mungkin maha berat, subjektif bagi individu.

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?" (Al-Ankabut: 2)

Di kala kita meyakini hilangnya gangguan syaitan akibat dirantai mampu meningkatkan ibadah, kita tidak terlepas daripada satu sisi dalam jiwa kita yakni NAFSU. Terjawab mungkin mengapa penurunan kualiti dan kuantiti ibadah umat ini menuju Syawal. Terungkai juga mengapa masih lagi timbul isu-isu sosial di bulan rahmat ini. Kes buang anak berleluasa, kes seorang lelaki yang mengamuk sehingga terbunuh isteri dan 2 jari anaknya putus, juga perihal penagih yang menyimbah cuka getah kepada anak bini [3]. Tidak ketinggalan sogok dan duit kopi masih lagi menjadi sumber rezeki, duit raya kononnya!.Bahana NAFSU yang mengganas!

"Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa (nafsu) itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya.
Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu,...
dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya"

Demikianlah firman ALLAH dalam As-Syams: 8-10. Hanya jiwa-jiwa (baca: nafsu) yang disucikan sedaya upaya, mampu mengharungi ujian-ujian Ramadhan. Sedangkan, nafsu yang dimanjakan dengan seringan-ringan berhidang secara melampau waktu berbuka, ke seteruk-teruk masih lagi terjebak dengan maksiat, tidak akan tercalon untuk tersenarai dalam TAQWA LIST ALLAH SWT.
Bukankah TAQWA itu sangat dekat dengan KEMENANGAN (rujuk Quran 24:52)?

Cukup-cukuplah kita bersifat ala kadar dalam meraih redha ALLAH Taala. TAQWA tidak terhasil secara magis dengan ber-'rilek'. Paksa diri, mujadah atas nafsumu. Upgrade amalan fardhu, multiply ibadah sunat. Consistent melakukan walau sedikit. Jadilah orang yang masih 'tinggal' di hujung Ramadhan. Semoga kita menjadi jiwa-jiwa yang baru tibanya Syawal, sesuci FITRAH bayi. Yang layak menyahut kemenangan, min al-aidil wa al-faizin.

Apa guna bersorak menyambut kemenangan palsu di pagi Syawal, sedangkan TAQWA Ramadhan tergadai.

Wallahu a'lam...

Rujukan:-
[1] Terjemah Syamil Al-Quran, PT SYamil Cipta Media, Bandung.
[2] "Kelebihan Bulan Ramahdan", Ustaz Azhar Idrus, website: http://ustazazhar.com/v1/hadith/kelebihan-bulan-ramadhan.html
[3] Media semasa

Friday, May 28, 2010

Working culture nowadays...




Guess all o f us are (were for some...) like this eh...?


Give it a change, WORK properly 'cause somebody else are struggling to get hired...
" And say: "Work (righteousness): Soon will Allah observe your work, and His Messenger, and the Believers: Soon will ye be brought back to the knower of what is hidden and what is open: then will He show you the truth of all that ye did."

(At-Taubah [9]: 105)

p/s: responsibilty towards time is what i lack all this time... Oh Allah, do grant me more sense of steadfadness...istiqamah in your cause...






Saturday, April 24, 2010

Orang Ikhlas itu Tertindas? (A good sharing...)

(fwd from rohaizah@itnm.com.my)

ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas
walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu.
Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu
saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah
organisasi.


“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata
seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa
bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran
yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak
ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”


Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah
berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir
dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan
yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah
digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang
berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika
bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau
mendapat kenaikan gaji?


Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya
kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi
sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”


Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang
anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion
masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya.
Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya
sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya.
Memang, semua anak-anaknya menjadi.


“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik
gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat
dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih
?”


Dengan  cepat  kakak  itu  menjawab,  “hati  ibu encik… tentulah saya pilih
anak-anak  saya  menjadi  walaupun  tidak  naik  gaji  atau  dapat pangkat.
Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”


Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi
ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih
sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada
kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”


“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri
dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita.
Tetapi yakinlah what you
give, you get back.
Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia.
Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan
kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”


“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi
Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat
saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri.
Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan
dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”


Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa
yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan
yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta
yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita.
Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah,
lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”


Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat
kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan
dengan begitu teliti.
“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau
setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong.
Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya
logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi
laluan untuk kita?”


Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu
tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong.
Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan
kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk
membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang
tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”


“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan
manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas
kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya.
Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu
lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.


“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha
Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak
memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang
melakukannya.
Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula
kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah
Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia
lagi.”


“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup.
Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia.
Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang
lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau
gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih
baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”


Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah.
Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang
mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan
hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back…
Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga.
Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada
kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki
bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang
lebar.


“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang
tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi
Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang
sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh
Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi
kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”

“Maksud encik?”


“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita
buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau
kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan
berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan
berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,”
balas saya
mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.


“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang
derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang
tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan
ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”


Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar
impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi
peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada
lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

  

TERIMA KASIH ALLAH

Tuesday, January 05, 2010

Kerja2! Jangan Malas!

Sharing a tought for today...

Narrated by Abu Huraira, The Prophet (pbuh) said:-" No doubt, it is better for a person to take a rope and proceed in the morning to the mountains and cut the wood and then sell it, and eat from this income ang give alms from it than to ask others for something,"

(Hadith Sahih Bukhari,Book 24, No. 558)


p/s: Huhu, okay2. Gotta get back to my 'wood'. Work HARD but SMART, k?

Saturday, January 02, 2010

Calling for PAPERs!!! Dare to share with GAZA

Peace be upon all of you,

Praise be to ALLAH, Solawat and salam to our Prophet SAW.

Pada suatu hari, saya mendapat 1 forwarded emel seperti berikut:-


Salam and Greetings


I would like to inform you that the Islamic University of Gaza, Palestine , is organizing an international conference on Engineering.


For more details: > > http://iec3.iugaza.edu.ps/en/Page.aspx?Page_ID=45

P.S. :
1- No fees

2- You can participate through Video conference or just publish your paper
without presentation.


Best Regards,

Eng. Wesam Al Madhoun
PhD Candidate & Research Fellow,
Clean Air Research Group,
School of Civil Engineering,
USM, Nibong Tebal, Penang,
Malaysia


Nah, what are you guys wating for? Kita yang tidak tergolong dikalangan 100 aktivitis (yang dibenarkan masuk ke Gaza melaui semapdan di Rafah), ambil peluang ni untuk berkontribusi!
Menurut M. Anis Matta dalam menafsir Surah Al-Asr, merumuskan KONTRIBUSI/contribution sebagai salah satu qualification seorang Muslim untuk memikul misi peradaban Islam.
"Kontribusi adalah bahawa kita harus memilih satu bidang specialization ilmu atau profesyen yang kita yakini dapat menjadi expert dan unggul. Kemampuan kita terbatas. Oleh kerana itu, sebagai kontributor, kita haruslah mengetahui dimana titik kekuatan kita. Kemudian, berikanlah buah kerja terbaik kita kepada Islam sebagai persembahan yang setulus2nya kepada Islam dan umatnya"

Wahai para researcher, hayati firman Allah SWT dibawah:-
"Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya."
(QS Al Maaidah:2)

dan...

Sesiapa sahaja yang bangun pagi dan ia hanya memerhatikan masalah dunianya, maka orang tersebut tidak berguna apa-apa disisi Allah; dan barangsiapa yang tidak memerhatikan urusan kaum muslimin, maka ia tidak termasuk golongan mereka”
(HR Thabrani dari Abu Dzar Al Ghifari)

Dalam keadaan terdesak, Islamic University of Gaza masih mampu mengelola conference. Satu usaha yang tidak kurang gempaknya! Semoga dengan sharing of knowledge melalui articles yang berkaitan (energy, construction, dll sila cek melalui link di atas), sedikit sebanyak dapat diaplikasikan untuk membangun semula Gaza. Pembangunan semula yang diharap agar menjadikan negeri naungan Hamas itu bertambah independent dan solid persiapan militernya, sebagai FRONTLINE ummat menghadapi ZIONIST Israel!!!

Rujukan:-
1. Al-Quran Al-Karim
2. Anis Matta, "Model Manusia Muslim Abad XXI", Progessio, Percetakan Syamil Cipta