Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Wednesday, August 18, 2010

Dingin Ramadhan...


Assalamualaikum...

Aneh kurasakan saat ini, pada tanggal 8 Ramadhan 1431. Rasa dingin menusuk kalbu (juga tulang sum-sum). Ya, memang tika ini musim hujan di Tronoh dan kawasan yang sama iklim dengannya. Sejuk ketika berbuka, bersahur dek hujan yang berterusan dari malam ke paginya. DIngin ini barangkali satu rahmat dari ALLAH sesuai dengan firman-Nya dalam Al-quran [1], Surah Al-A'raf ayat 57 (7:57):-

"Dan Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan RAHMAT-Nya (hujan); hingga apabila angin itu telah membawa awan mendung, Kami halau ke suatu daerah yang tandus, lalu Kami turunkan hujan di daerah itu, maka Kami keluarkan dengan sebab hujan itu pelbagai macam buah-buahan. Seperti itulah Kami membangkitkan orang-orang yang telah mati, mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran."

Jika dingin yang itu, Subhanallah wa Alhamdulillah. Rahmat di Tronoh yang tandus. Namun, bagaimana jika sebaliknya? Yakni keDINGINan jiwa dalam menyambut Ramadhan menjelang fasa ke-2 nya. Coba kita lihatkan situasi surau atau masjid setempat. Pada awal Ramadhan terasa kemeriahan umat menyambut bulan mulia ini. Saf solat fardhu berjemaah berganda, lebih-lebih lagi solat tarawih. Laungan selawat dan zikir di antara terawih disahut lantang. Moreh menjadi rebutan jemaah, walaupun akhirnya menjadi habuan kanak-kanak yang bermain-main di sekitar masjid. Setiap individu dalam umat ini, meraikan dengan amal ibadat yang tidak pernah terfikir pun mampu dilaksanakan sebelum ini. Tidakkah kemeriahan ini suatu rahmat ALLAH?

"Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tidak ada seorangpun yang dapat menahannya; dan apa saja yang ditahan oleh Allah maka tidak seorangpun yang sanggup melepaskannya sesudah itu. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (al-Fathir: 2)

Ku perhati diriku dan sekeliling, semuanya makin susut. Baik kualiti mahupun kuantiti. Saf-saf solat mula mengecut, terang lampu bilik dikala subuh makin malap dan suara-suara merdu melagukan Quran sayup kedengaran. Semangat berbibadah makin layu! Mengapa gamaknya? Bukankah 'tiada ' lagi setan-setan penghasut? Daripada Abu Hurairah dalam Riwayat Bukhari wa Muslim:-

"Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka
dan diikat segala syaitan." [2]

Tuan-puan yang dirahmati ALLAH,

Rupa-rupanya, dari hari ke hari berlakunya proses filtration (tapisan/saringan) dari Allah SWT terhadap pelatih-pelatih Ramadhan. Filtration dengan turunnya ujian-ujian yang mungkin maha berat, subjektif bagi individu.

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?" (Al-Ankabut: 2)

Di kala kita meyakini hilangnya gangguan syaitan akibat dirantai mampu meningkatkan ibadah, kita tidak terlepas daripada satu sisi dalam jiwa kita yakni NAFSU. Terjawab mungkin mengapa penurunan kualiti dan kuantiti ibadah umat ini menuju Syawal. Terungkai juga mengapa masih lagi timbul isu-isu sosial di bulan rahmat ini. Kes buang anak berleluasa, kes seorang lelaki yang mengamuk sehingga terbunuh isteri dan 2 jari anaknya putus, juga perihal penagih yang menyimbah cuka getah kepada anak bini [3]. Tidak ketinggalan sogok dan duit kopi masih lagi menjadi sumber rezeki, duit raya kononnya!.Bahana NAFSU yang mengganas!

"Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa (nafsu) itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya.
Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu,...
dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya"

Demikianlah firman ALLAH dalam As-Syams: 8-10. Hanya jiwa-jiwa (baca: nafsu) yang disucikan sedaya upaya, mampu mengharungi ujian-ujian Ramadhan. Sedangkan, nafsu yang dimanjakan dengan seringan-ringan berhidang secara melampau waktu berbuka, ke seteruk-teruk masih lagi terjebak dengan maksiat, tidak akan tercalon untuk tersenarai dalam TAQWA LIST ALLAH SWT.
Bukankah TAQWA itu sangat dekat dengan KEMENANGAN (rujuk Quran 24:52)?

Cukup-cukuplah kita bersifat ala kadar dalam meraih redha ALLAH Taala. TAQWA tidak terhasil secara magis dengan ber-'rilek'. Paksa diri, mujadah atas nafsumu. Upgrade amalan fardhu, multiply ibadah sunat. Consistent melakukan walau sedikit. Jadilah orang yang masih 'tinggal' di hujung Ramadhan. Semoga kita menjadi jiwa-jiwa yang baru tibanya Syawal, sesuci FITRAH bayi. Yang layak menyahut kemenangan, min al-aidil wa al-faizin.

Apa guna bersorak menyambut kemenangan palsu di pagi Syawal, sedangkan TAQWA Ramadhan tergadai.

Wallahu a'lam...

Rujukan:-
[1] Terjemah Syamil Al-Quran, PT SYamil Cipta Media, Bandung.
[2] "Kelebihan Bulan Ramahdan", Ustaz Azhar Idrus, website: http://ustazazhar.com/v1/hadith/kelebihan-bulan-ramadhan.html
[3] Media semasa

Friday, May 28, 2010

Working culture nowadays...




Guess all o f us are (were for some...) like this eh...?


Give it a change, WORK properly 'cause somebody else are struggling to get hired...
" And say: "Work (righteousness): Soon will Allah observe your work, and His Messenger, and the Believers: Soon will ye be brought back to the knower of what is hidden and what is open: then will He show you the truth of all that ye did."

(At-Taubah [9]: 105)

p/s: responsibilty towards time is what i lack all this time... Oh Allah, do grant me more sense of steadfadness...istiqamah in your cause...






Sunday, August 09, 2009

Wira bertopeng...aku kah?

Panas. Panas sungguh panas. Perjalanan mengharungi MRR2 dari exit Pandan Indah tidak selancar dijangkakan. Juga tidak mejangkakan tidak akan tersangkut atau tersengguk2 sehingga ke Safari Lagoon (this is KL, well...). Sabar je, kan Allah bersama orang yang bersabar. Koff2, uhuk2. 

Sesampainya di exit sg besi menuju ke cheras leisure mall, aku menyumpah2. Koff2. Ape ke halnye yang jem sangat, takde pape pun. Uhuk2. Line clear je. Sempat aku membuat kesimpulan bahawa jem tadi berpunca dari style memandu yang suka menukar lane secara tibe2 jika ingin ke arah susur keluar mane2 jalan besar.

Kelibat masjid kuning kelihatan, tidak terasa nak singgah (bukan tak rindu masjid, tadi dah solat zhur kat masjid rumah da). Akhirnya tiba di tempat tujuan, tidak jauh dari masjid. Rumah nenek. Ya rumah nenek. Ada perkara besar hari ini. Kereta-kereta yang sangat ku kenal sudah memenuhi tepi jalan rumah tersebut. Uhuk2. Lalu ku parkir jauh sikit.

Assalamualaikum. Ya pak long, pak ngah, pak lang, ya beserta pasangan masing2. Juga beberapa saudara yang tidak ku rapat tapi kenal. Sepupu-sepapat aku girang menanti kehadiranku, yang rata2 nya awal belasan tahun. Tapi hadirin sedikit terkesima melihat aku. Mengagak siapakah gerangan jejaka berbaju kemeja hitam berseluar jeans murah ini. Mujur adik ku masuk ke rumah bersama ku, mereka dapat mengecamku. Mereka menyambung aktiviti seperti biasa, sambil kami bersalaman dengan orang2 tua.

Makanan terhidang. Ya, ayam goreng Nenek Gayah memang dinanti2kan. Rempahnya yang tak tau ape namenye memang luarbiasa. Biasanya hanya dihidangkan pada hari raya. Tapi hari ini berbeza. Ya, aku tahu memang spesial. Apa2 hal, makan dulu. Bismillah...

Sedang aku makan, Mak Su datang menerjah aku. " Awan. Pehal bertopeng2 ni," tanya beliau kepada ku sambil aku membetulkan topeng mulut yang baru2 ini popular. "Sedara2 (yang jauh) kat dalam semua tanya siapa lah yang bertopeng tu." Oh, masih ade yang masih tidak mengenal ku dengan bertopeng. Aku faham, mereke suspen menanti2kan jejaka tunang sepupu aku hadir bersama keluarganya. Kedatangan aku dengan bergaya bak pakar bedah sedikit sebanyak menggamatkan dan meminyak-anginkan suasana.

Tak lama selepas itu, sepupu ku yang bakal menghadapi UPSR tak lama lagi (insyaAllah kalau tak pospon) mengajak ku ke farmasi. "Buat pe?" Tanya aku malas. "Ala nak beli topeng. Cikgu suruh beli," pnta beliau. Aku gelak, nak tiru macam aku gak ker. Berpengaruh jgak aku ni. Hehe. Tapi malas sebab demam dan batuk. Maaf, permintaan 'denied'.

Akhirnya, beliau ke farmasi bersama bakal abang iparnya selepas beberapa jam. Dan membeli beberapa topeng muka untuk diedarkan kepada teman2 seusia yang ada dirumah nenek. Sempat la kami bergaya bergambar sikit2 dengan topeng yang masing2 kami pakai. Terdetik dihati ku, aku sedikit sebanyak telah menimbulkan kesedaran kepada yang lain, untuk mengambil berat akan isu penularan wabak selsema BABI ni.
Topeng bak GI JOE (cadangan untuk hiasan)


H satu N satu kali ini memang bukan calang2 amarannya. Dikatakan sistem pertahanan sesiapa pun masih belum mampu menetang virus ini. Simptomnya semudah demam, batuk, cirit-birit dan lain2 yang kelihatan biasa. Cerita lanjut pasal  wabak ni, sile la cari sendiri.

Jangan lah kita lupa untuk mengaitkan wabak ini sebagai bala dan peringatan dari Allah Yang Maha Kuasa. Mungkin atas keegoan dan keangkuhan manusia, mungkin disebabkan beberapa golongan saintis yang merasakan mereka sudah mengetahui dan mampu mengenggam segala-galanya di bumi ini. Merasakan diri dapat menandingi tuhan (contohnya; kemampuan menghasilkan bakteria baru untuk pelbagai aplikasi). Tidak ketinggalan terdapat teori mengatakan bahawa virus ini dicipta oleh pengeluar ubat, untuk menjual the one and only penawar keluaran mereka kemudian nanti.

Mungkin juga sebagai amaran akibat meninggalkan syiarNya yang diajarkan melalui PesuruhNya SAW (sunnah kebersihan seperti membasuh tangan, adab batuk dan bersin dll dah diamalkan oleh Nabi SAW dan sangat2 ditekankan). Lantas Allah menurunkan tenteraNya, berbentuk virus yang tidak dikenali malah 'taklut' dengan vaksin sedia ada.

Dalam majlis tempohari, mak long ku ada menyebut "Mase ni baru nampak bagus orang Jepun, kalau demam biasa pun pakai topeng muka". Benar pernyataan tersebut. Memang kebiasaan mereka itu terpuji, mengelak daripada air2 batuk dan bersin daripada merebak ke orang lain. Supaya orang sekeliling tidak terkena penyakit yang sama atau sekurang2nya menghormati sense of 'jijik'ness orang ramai.

Sayang, hal ini jarang diambil berat oleh kita umat Islam. Sering saya perhatikan kita adalah orang yang paling kuat batuk dan bersin tanpa menutup hidung, lebih2 lagi di masjid. Ramai di kalangan kita juga lah yang meludah kahak di jalan2 orang lalu-lalang. Dimanakah adab2 kebersihan kita sebagai ummat terbaik dikalangan manusia? Dimana slogan "Rasul qudwatuna - rasul ikutan kami"?

Renung2kan dan selamat betafakur...

p/s: Mari, mari wahai Ramadhan ;B