Wednesday, July 29, 2009

Pasal Poly gak, Nak buat research skit...

Assalamualaikum...

Berikut sari inti utama post kali ini:-

Satu Kajian Nasional tentang "Kesan Poligami ke atas Keluarga Muslim di Malaysia" kerjasama USM-UM-UKM sedang dijalankan. Sesiapa yang berminat untuk menjadi enumerator untuk kutipan data, sila hubungi Wan Mohd Syafiq Wan Ismail dengan memberi nama, program/jabatan, tahun (jika pelajar), pengalaman dalam penyelidikan kekidtun21@gmail.com atau zinni21@yahoo.com no telefon 013-6023088 untuk maklumat lanjut tentang kajian. Latihan akan diberikan pada 15 Ogos 2009 di Kampus UiTM Seri Iskandar, UiTM Perak pukul 10 pagi hingga 3 petang. 

Please Forward this message to your others friend who are interested to do part time job. thank you.

Wan Mohd Syafiq Wan Ismail,
R.A. of 
"Kesan Poligami ke atas Keluarga Muslim di Malaysia

Diberitahu, kajian ini di initated oleh orang SIS (sisters in islam). Kebenarannya, wallahua'lam.

" Dan hak ALLAH menerangkan jalan yang lurus, dan diantaranya ada (jalan) yang menyimpang. Dan jika Dia mengkehendaki, tentu Dia memberi petunjuk kamu semua (ke jalan yang benar)"

An-Nahl 16:9

Semoga dengan besertanya kita dalam kajian ni, berhasil mengenengahkan satu sisi kebenaran, yang mungkin terindah, dalam banyak2 duka orang berpoligami. Sekalius men'canak'kan SIS dan mulut2 yang sering menghina atau memperlekehkan syariat.

Allahu musta'an (Ya ALLAH, Bantulah...)


'Poly 'dalam kehidupan

Salamunalaik.

Baru2 ni sya mendengar satu kisah laki bini yang saling berpuisi, forwarded seperti berikut:-

Isteri ku, jika engkau bumi, akulah matahari.Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku....
Ingatlah bahtera yang kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku  pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan
silauan ku.
Lantas  aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi malah ada
planet lain yang juga mengharapkan sinaran ku.....
Lalu......
Relakan  aku  menyinari planet lain, menyampaikan faedah adanya aku, kerana
sudah takdir Ilahi sinaran ku diperlukan di planet lain.....

Isteri ku, jika engkau bumi, akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku....
Ingatlah bahtera yang kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku  pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan
silauan ku.
Lantas  aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi malah ada
planet lain yang juga mengharapkan sinaran ku.....

Lalu......
Relakan  aku  menyinari planet lain, menyampaikan faedah adanya aku, kerana
sudah takdir Ilahi sinaran ku diperlukan di planet lain.....

 
Demi matahari, dan sinarnya di pagi hari...

***Balasan puisi Sang Isteri***

Suami ku...
Andai  kau  memang  mentari,  Sang Surya yang memberi cahaya, aku merelakanengkau  berikan  sinaran  mu kepada segala planet yang telah Tuhan ciptakan
kerana mereka juga seperti aku perlukan cahaya mu dan....
Aku pun juga tidak akan merasa kekurangan sinaran mu

AKAN TETAPIIII... ..
Bila  kau  hanya  sejengkal  lilin  yang berkuatan 5 watt sahaja, janganlah
bermimpi  untuk   menyinari  planet   lain!!!  kerana bilik tidur kita yangkecil pun belum sanggup kau terangi.

Lihatlah  diri  mu  pada  cermin  kaca  di  sudut  kamar  kita,  di  tengah
remang-remang  pancaran  cahaya  mu  yang telah aku mengerti.... cuba lihat
siapa diri mu... MATAHARI atau Lilin?
Atau jangan-jangan cuma mancis saja!!!

Pleaselah... .!!! jangan la nak berangan.... .

alaahai, ciput nye energy ko...

P/s: Sokong Cik Kak! Setuju~~!!! Lu pikir la sendirik...

Inilah poly dalam sekian2 poli (politeknik, polypropene, polis dan monopoly...) yang sangat2 menjadi isu. Sunnah yang paling payah inilah yang diidam2kan oleh jejaka (ehem, bukan semua termasuk penulis), sedangkan banyak lagi sunnah2 yang lebih utama untuk diamalkan, sebagai tanda cinta pada Nabi SAW. Namely (disenaraikan mengikut citarasa penulis semata); 

1) baligh anni walau ayah (sampaikan dari ku walau satu ayat). Jangan jadikan alasan bukan lulusan sekolah agama untuk tidak sekali pun menyebarkan pesan iman dan taqwa di muka bumi Allah ini.

2) berfikir bagaimana baginda SAW berfikir --> Nabi fikir ummat, kita fikir ..."oh, mat! Hujung bulan wa da sengkek la bro, sape lagi aku nak cekau duit ni. Tebal muke dah..." 

3) Paling besar, ialah mengkaji bagaimana atau strategi2 baginda sepanjang kehidupannya, melalui sirah. Apa yang dilakukan baginda pada setiap tahapan dakwah di Mekah dan Madinah, juga falsafah disebaliknya. Things to ponder, how in the world he (pbuh) started from zero (in number) and super exponentially increasing the muslim in the world up untill today.

Kemudian mengaplikasikan kefahaman tersebut dalam konteks umat hari ini, yang jahiliahnya sama seperti apa yang dilalui oleh pada zaman baginda, cuma dalam pakej atau bungkusan yang berbeza.

Nak cerita pasal ni, panjang lebar, jauh perjalanan jugak la.

Sehingga di sini...

Monday, July 06, 2009

Apa khabar @ kabare?

Assalamualaikum..

Dah 2 minggu cuti, tapi tak buat ape2 yang benefitial i.e tak produktif. Mungkin sebab tunggu intake untuk MSc (jeng2...) kt U kat Tronoh tu. Balik lagi ke sane. Berat hati gak nak blik sane smule, 4 tahun di tanah gersang tu, jiwa pun kering, tapi iman alhamdulillah kalau  tak menyubur, masih segar fresh gitu.

Sekadar update activities spjg JUN yg lalu:-

1) 8 hb - Final Presentation FYP: pergh, tak impressive langsung presentation, nampak sgt konsep x kemas lagi @ fokus kt rpojek tu w/o considering latest improvement kt area tu... Ni yang buat terucap monolog "betul ke aku nak sambung master ni" and "boleh ke aku ni",... Anyway, poster yang buat last minute tu at least ...something jgak la.

2) 12 hb - Hardbound submission: yang ni mmg saspen. Repot projek yang ko da siap compile tu kene buat kulit keras. Hantar kt KL tu nak buat, tepat lagi kat Serdang. Ipoh? Ade, tapi mahal lagi tak berkualiti. Terfikir untuk buat bisnes ni, suatu mase nanti. Moment mase submit tu yang suspen, menandekan tu sbg 'assigment' terakhir kt UTP. Siap tangkap gambar tuh nak letak kt pigeon hole SV.

Da hantar hardbound, balik la. Eh, ade lak aktiviti lain. terlibat dengan team UTP PEC yakni name penuhnya UTP perodua Eco Challenge. Join team wakil UTP yang masuk competition tu, detail leh tgok kt SINI. Sori geng2 UTPPEC09, da nak dekat competition date, bru nampak muka dengan hasil tangan gua.

3) 18-20hb - PERODUA ECO CHALLENGE: grak dari UTP ke USJ, ade circuit kt situ, venue for the event. Tido kt USJ summit. 2 hari final preparation, panas2 dok kt trek tu. hari sabtu competition day; apa jadi mase tu? memandangkan sini bukan official site untuk UTPPEC 2009, maka belakang criter la. Kecewa tetap kecewa.

4) 20hb - Abih2 event tu jgak blik Ampang. Penat bukan kepalang. Kulit terbakar, sunburn, xde sponsor sun oil. xpe la, std la anak jantan.

Dan seterusnya sampai hari ni, lepak melepak je la. Ade gak tanye2 kerja kontrak. keje ofis boy kt merate pjabat kerajaan. dgar2 RM50-80 sehari. Tapi, cuti kt rmah tak sampai sebulan, mane depa nak amik kerja. Frust skit. xde rejeki. Income a.k.a duit scholar JPA dah nak abih. 

Ya ALLAH, murahkan rezeki hamba mu ini.

Ameen
 
MOHD AZUAN BIN MOHD AZLAN
BSc (Hons) Mechanical Engineering
Universiti Teknologi Petronas