Segala puji bagiNYA dan segala jua pertolongan dipohon padaNYA, bersaksilah TIADA ILAH selain ALLAH dan MUHAMMAD itu HAMBA lagi PESURUHNYA.
Hampir sebulan tidak menjenguk langsung laman ni, membuatkan aku blur tentang apa yang hendak dikongsikan. Setelah last posting yang lalu, aku disibukkan dengan berbagai-bagai hal, urusan dan program. Seharusnya banyak isu yang boleh dibicarakan.
INSPIRASI. Apakah ia? ILHAM. Adiknya kah?
Kata orang sedap menulis kalau ada INSPIRASI yang biasanya bersumber pengamatan terhadap alam, mengintepretasikan pengalaman kehidupan dan apa-apa lagi yang boleh dilihat lagi dinilai.
Jelas, sumber INSPIRASI, IDEA, ILHAM malah motivasi tidak lain adalah AYAT-AYAT cinta...eh AYAT-AYATNYA. AYAT di sini selain merujuk kepada ayat-ayat QURAN yang berjumlah xxxx ( sila cari jawapan sendiri) juga bermaksud TANDA@SIGNS terhadap kewujudan dan kekuasaan ALLAH SWT. Signs tersebut ada dalam diri kita, sekeliling malah seluruh alam maya maupun virtual ini.
Sebagai muslim lagi mukmin yang berjiwa muttaqin menuju darjat muqarrabin, apa-apa yang kita lakukan sepatutnya mempunyai value add. QS 3:110 menerangkan kita sebagai khairon ummat, menyeru kepada makruf dan mencegah munkar. Banyak sekali geng2, badan-badan atau perkumpulan yang menyeru kepada 'enjoining good deeds and preventing destructions'. Tapi yang mebezakan kita dengan mereka adalah ' dan kamu berIMAN kepada ALLAH' (lanjutan QS 3:110). Lantas keimanan ini lah yang menguatkan 313 perajurit BADAR menghadapi 1000++ kuffar Mekah, di saat panas terik Ramadhan. ALLAH memberi kelebihan 10 kali ganda kekuatan kepada mukmin (QS 8:65). Kalaupun down sekalipun, masih lagi dengan upper hand 2 kali ganda (QS8:66).
Lalu, dimanakah kita? Wahai pemuda-pemuda? Dimanakah mahasiswa yang educated, masyarakat memerlukan anda untuk memimpin dan memecahkan permasalahan. Tidak terhantukkah kita dengan membaca dada akhbar akan kes-kes ragut, bunuh, rogol dan rempit, yang tidak kurang hadir dalam bentuk pakej (ragut-bunuh, rogol-bunuh, rempit-rogol-ragut etc). Jiwa2 yang muda dikehendaki untuk terjun kepada lingkungan-lingkungan bermasalah ini, yang rata2nya jahil dan memerlukan bimbingan anda. Atau kita sendiri terperangkap dengan problematika masing-masing menyebabkan mereka terabai (couple-clash, bina empayar game, internet connection slow so masalah nak download anime dan manga, pening kepala fesyen rambut hari macam mana, siapa bakal juara AF OIAM dll).
Adakah jiwa kita sudah menjadi tua, menjadikan kita ini peTUA? Sedangkan Rasulullah itu dalam 60-an nya masih lagi berjiwa muda, tetap saja berkekuatan luarbiasa.
Sedarlah, di jalan akademik ini, dengan niat dan tujuan yang benar, seharusnya menjadikan kita berpotensi luarbiasa. Tulisan-tulisan kita mencatit ilmu, berbeza dengan tangan-tangan lain yang menulis. Pena itu jujur, kerana kejujuran pemiliknya. Ia tergantung kepada siapa yang memegangnya. Memetik ungkapan syair;
Salahuddin hanyalah batang kayu,
Dan hatinya, hamba yang membutuhkan ampunan ALLAH,
Pedang Ali bin ABu Talib, Abu Dujanah dan Sahl bin Hunaif berbeda dengan
pedang-pedang lain,
Sunguh,
pedang-pedang itu mendapatkan kejujuran dan keihklasan dari pemiliknya,
Begitu juga pedang Salahuddin,
Sekarang, bisa jadi kita punya pedang,
Tapi, tidak menemukan orang-orang sekaliber mereka,
yang menjadikan pedang itu jujur..
Tidakkah kita meneladani, batu-batu yang dilemparkan kepada askar zionis, oleh anak-anak kecil. Lontaran itu lemah, dari jarak yang cukup jauh. Tapi seluruh soldadu yahudi CUAK, KAGET dan KHAWATIR. Membayangkan seolah2 yang menuju mereka itu adalah missile2 yang takkan pernah henti menghentam tank2 yang kononnya state-of-the-art itu. Sungguh, batu2 itu jujur dilepaskan jiwa2 yang jujur dan taat kepadaNYA.
InsyaALLAH, jika sesorang jujur kepada ALLAH atas apa yang dikerjakan, maka ia akan berpengaruh kuat keatas seluruh lingkup kehidupannya. Tidak hanya pen, bahkan seluruh kelengkapannya, kereta dan pakaian akan menurutnya, dalam erti kata mempermudahkan lagi bermanfaat, dengan izin ALLAH SWT. Teringat kepada kuda Khalid Al-Walid yang kurus kering tetapi tak pernah lelah tetap setia bersama penunggangnya menyertai siri2 xpdc peperangan berbulan melawan Parsi dan Rom.
Awas dengan maksiat kita pada tuhan, menyebabkan berpengaruh keatas kita benda-benda di sekeliling. Kata sahabat r.a., " AKu bermaksiat kepada ALLAH, lalu efeknya aku lihat pada isteri dan haiwan tungganganku". Mungkin inilah penyebab kepada isu2 soSIAL semasa di negara kita. Fikir2kan lah.
Cukuplah sampai disini kisah kita jangan kau tangisi keadaannya... macam lagu lak ayat ni. Sekadar luahan minda dalam keadaan lelah menelaah untuk exam petang esok (Khamis).
No comments:
Post a Comment