Thursday, August 20, 2009

1 Ramadhan, Ibadah Didahulukan, Sunnah diutamakan...(the lost post)

(Nukilan ini sepatutunya dipost pada sehari sebelum 1 ramadhan. Tertunda atas kesibukan tak terhingga)

"Saya selaku wakil majlis raja2, dengan ini mengisytiharkan 1 Ramadhan jatuh pada..."

Sudah menganggak, yang terbit pada mulut pak haji penyimpan mohor pasti bukan 'ESOK'. Namun tidak sedikit pun mengurangkan ghairah atau exited-state saya, akan datangnya TAMU AGUNG, yakni Encik RAMADHAN. Ya, ahlan wa sahlan! Wa marhaban bikum!

Sabtu pun sabtu lah, at least masih lagi diberi kesempatan masa2 SUDDEN DEATH untuk memanaskan enjin JIWA ver x.0 (tak tahu yang latest version ke berapa). Ditambah fuel keAZAMan bagi menambah HORSEPOWER (hp) untuk mencanakkan graf AMAL. Serta meningkatkan EFFICIENCY dengan 1 resepi utama berikut...

"IBADAH didahulukan, SUNNAH diutamakan"

Macam pernah dengar ungapan ini. Ya, tidak jauh daripada ungkapan keramat our beloved PM kita yang ke-6.

Atas apa resepi tersebut ditimbulkan? Berdasarkan soal-selidik dengan Encik PENGALAMAN (ya, beliau adalah sebaik2 guru), kita yang dalam keghairahan pada awal Ramadhan sering kali terSIBUKkan dengan hal2 sepele (remeh), yang tidak mempunyai VALUE FOR IMAN (mungkin juga MONEY). Seperti terkejar2 dan menghabiskan berjam2 di pasar juadah berbuka puasa (ibarat berkunjung ke pasar malam setiap hari). Sudahlah lepas sahur tidur semula, bangun subuh pada penghujung, lalu bersiap2 ke kerja dari jam 8 ke 4.30 ptg. Waktu rehat lunch hour diganti dengan aktiviti SANTAI (baca:tidur) semata. Peluang pulang awal tidak digunakan untuk berIBADAH malah diisi dengan melayani selera SI NAFSU yang lebih besar dari perut kita. Tiba waktu berbuka, we called it a day, that's it.


Mendahulukan Ibadah atas yang lain

Ibadah disini merujuk kepada ibadah khusus, yang wajib atau sunnah.

Bayangkan ruang2 berIBADAH yang sering terlepas dek kurangnya sensitiviti terhadap golden moment (GM) yang sepatutnya di OPTIMALIZED sesuai dengan falsafah saum@puasa yakni 'menahan diri'. Berikut disenaraikan beberapa GM yang sering keciciran:-


i) Moment SAHUR
Seharusnya beberapa minit sebelum dan selepas menjamah makanan itu boleh diisi dengan amalan2 solat tahajud , tilawah yang sememangnya dituntut (tidak sampai tahap wajib) seperti dalam Al-Quran Surah Muzzammil ayat 1-8. Jadikan bulan ramadhan ni untuk membiasakan diri dengan amalan2 tersebut agar terprogram menjadi ibadah rutin di bulan2 akan datang.

Perbuatan sahur itu sendiri adalah ibadah jika kena cara makan yang dianjurkan Nabi SAW, plus lagi amalan2 lain. Fuiyoo, besar ganjaranNYA.
Lepas sahur? Jangan tidur lagi, terus Subuh berjemaah kt masjid@surau. Cukup2 lah 11 bulan subuh bersama gajah, hehehe...


ii) Moment sepanjang puasa sehingga berbuka

Tidak perlu dibahas, sudah sedia maklum doa makbul lagi tak tertolak yang tersedia bagi orang yang berpuasa sehingga berbuka (hadith riwayat Tarmidzi)

Juga untuk membiasakan diri menunaikan sola dhuha menggantikan waktu breakfast. Semudah sekadar 2 atau 2x2 rakaat. Tersedia jaminan murah rezeki dari ALLAH SWT bagi yang melaksanakannya. Ameen...

Disambil beribadah dalam bentuk amal penghidupan (profession, pekerjaan), banyakkan doa. Mohonlah kepadaNYA disamping menguatkan connection dengan Rabb. As in:-

" dan apabila hambaKU bertanya kepadamu (Muhammad) tentang AKU, maka sesungguhnya AKU dekat.Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKU..."  (Al-Baqarah:186)
Tapi, untuk dimakbulkan doa itu sudah tentu KENA melaksanakan tuntutan ALLAH kepada kita, seperti dalam sambungan ayat diatas:-

"...Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah) KU dan beriman kepadaKU, agar mereka memperoleh kebenaran."


Keutamaan perkara sunnah yang dituntut

Seperkara lagi ialah dalam 'haloba' untuk beribadah, mungkin juga kita terlupa akan prioriti akan ibadah yang mana seharusnya didahulukan. Tiada kompromi bagi yang wajib, sesudah itu buat lah sedikit revision, kaji semula kitab2 seperti Fiqh Sunnah, Tazkiyatun Nafs (karangan Said Hawwa) atau yang lain2 untuk menilai kembali method dan keutamaan ibadah-ibadah sunnat sepanjang ramadhan. We are looking gor quality not quantity (QS 67:2). Make the best out of this very very short period. Beribadahlah sesuai dengan kemampuan, yang penting konsisten @ istiqomah.

Maka marilah kita meraikan Ramadhan kali ini dengan penuh girang mengharapkan kebaikan, tawadhu' dalam menjalani aktiviti sehari2an serta berhasil besar (high productivity) sepanjang bulan ini. Moga menjelang aidilfitri (aidul-fitri: kembali kepada fitrah) kita berjaya menjadi 'orang baru' yang suci jernih, fitrah bayi yang kudus dari noda.

Sehingga disini

"Ramadhan, Ibadah didahulukan, Sunnah diutamakan"


Mohd Azuan,
Pelatih Training Ramadhan 1430

p/s: masih belum terlambat, walaupun kini sudah mencecah 13 Ramadhan! Hadirkan daku Al-Qadr, ya Robb...

Rujukan:-

1. Al-Quran Al-Karim, Terjemahan Syamil Quran
2. Fiqh Sunnah, Saiyid Sabiq, Percetakan Victoria
3. Perealisasian Dua Kalimah Syahadah, Said Hawwa

Thursday, August 13, 2009

Ramadhan is just around da corner, dowh!



Tanggal Khamis, 22 Syaaban 1430H

Hari ini saya masih di rumah, masih dalam proses recovery@healing daripada demam dan  batuk yang tidak tentu (kejap up, kejap down). Batuk ini semakin teruk sejak ke General Hospital, KL pada Senin yang lalu. Walaupun result ujian darah bebas dari H1n1, denggi dan lain2 penyakit, badan masih lagi lembik sikit. Di tambah lagi dengan kurang selera makan.

Semuga keuzuran diambang Ramadhan ini kurniaan Allah untuk menyiapkan diri saya bagi menghadapi bulan spesial ni. Awal2 lagi dah disekat nafsu dimana waktu2 sakit ni mana mampu nak buat yang bukan2 sekaligus menguatkan ketahanan spiritual. Lebih2 lagi saya memohon diampunkan dosa2 sedari ramadhan yang lalu, jumaat yang lalu, diantara solat liwa waktu yang lalu.

Di repot dari Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda;

" Shalat yang lima waktu, Jumaat ke Jumaat,  dan Ramadhan ke Ramadhan berikutnya menghapuskan kesalahan-kesalahan yang terdapat diantara masing-masing selama kesalahan besar dijauhi"

(Riwayat Muslim)

Lagi, diriwayatkan daripada Ahmad dan Nasa'i (dinilai Hasan), baginda Muhammad SAW bersabda ketika datang Ramadhan;

"Pada bulan itu ditutup pintu-pintu neraka,
 dibuka pintu-pintu syurga,
dan dibelenggu setan-setan,
Dan malaikat menyeru; Hai pecinta kebaikan, bergembiralah!
Dan hai pecinta kejahatan, berhentilah!"

Diri ini menghitung2 akan dosa2 diantara ramadhan yang lalu. Bahkan, dikira celaka juga, kalau2 quality iman diri menjadi lebih teruk berbanding ramadhan sebelum2 nya. Astaghfirullah al-azhim...

Dikala syurga sedang mempromosi OPEN HOUSE nya, disaat neraka ditutup operasinya, malah penghasut di JEL dengan rantaian, memberi ruang bersendirian dengan ruh untuk bermujahadah melawan nafsu angker yang keseorangan. Alangkah luasnya, RAHMAT ALLAH bagi kita.
 
Bulan ini juga merupakan peluang bagi para oportunis kebaikan yang sentiasa menunggu2 dan mengira2 apa2 lagi yang boleh ditambah sebagai AMAL sepanjang Ramadhan.

Peluang juga, bagi para ma'asi (pelaku maksiat) untuk MC dari benda2 kekejian yang menguliti diri. Berdasarkan hadis diatas, 'berhentilah' untuk 'pecinta kejahatan' itu sepertinya sangat lembut, penuh dengan kasihNYA untuk hamba yang lalai agar tidak melepaskan waktu keemasan untuk mengatakan sepenuh jiwa ungkapan Ibrahim a.s yang penuh bererti dalam surah Al-Mumtahanah, ayat 4;
 
" ...Sesungguhnya Aku berlepas diri dari kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah, kami mengingkari kekafiran mu, dan telah ada antara kami dan kamu permusuhan dan kebencian buat selama-lamanya sampai kamu beriman kepada Allah saja,..." 

Ya menyatakan permusuhan dan kebencian terhadap perlakuan keji dan turut kepada pelakunya (dalam erti bersahabat,  menjadikan sebagai teman) , tetapi masih lagi dalam nuansa untuk mengajak kepada perubahan.

Bayangkan, baju melayu untuk Aidilfitri sudah ditempah. Rata2 kedai jahit sudah mula berhenti menambah tempahan disebabkan longgokan kain2. Pasar atau bazaar Ramadhan sudah mula berpesta, menyahut pembeli. Dikala kurma yang bermacam2 brand memenuhi segenap ruang kaunter kedai. Para pengusaha bas dan lain2 pengangkutan awam telah memperhebatkan perkhidmatan balik kampung. Ditambah lagi dengan pengumuman pihak berkuasa akan halnya larangan beroperasi terhadap bas yang melebihi usia 15 tahun, sebagai langkah mencegah kemalangan jalanraya di musim perayaan.

Apakah sensor kau tak sensitif?

Ramadhan is just around the corner!

Sunday, August 09, 2009

Wira bertopeng...aku kah?

Panas. Panas sungguh panas. Perjalanan mengharungi MRR2 dari exit Pandan Indah tidak selancar dijangkakan. Juga tidak mejangkakan tidak akan tersangkut atau tersengguk2 sehingga ke Safari Lagoon (this is KL, well...). Sabar je, kan Allah bersama orang yang bersabar. Koff2, uhuk2. 

Sesampainya di exit sg besi menuju ke cheras leisure mall, aku menyumpah2. Koff2. Ape ke halnye yang jem sangat, takde pape pun. Uhuk2. Line clear je. Sempat aku membuat kesimpulan bahawa jem tadi berpunca dari style memandu yang suka menukar lane secara tibe2 jika ingin ke arah susur keluar mane2 jalan besar.

Kelibat masjid kuning kelihatan, tidak terasa nak singgah (bukan tak rindu masjid, tadi dah solat zhur kat masjid rumah da). Akhirnya tiba di tempat tujuan, tidak jauh dari masjid. Rumah nenek. Ya rumah nenek. Ada perkara besar hari ini. Kereta-kereta yang sangat ku kenal sudah memenuhi tepi jalan rumah tersebut. Uhuk2. Lalu ku parkir jauh sikit.

Assalamualaikum. Ya pak long, pak ngah, pak lang, ya beserta pasangan masing2. Juga beberapa saudara yang tidak ku rapat tapi kenal. Sepupu-sepapat aku girang menanti kehadiranku, yang rata2 nya awal belasan tahun. Tapi hadirin sedikit terkesima melihat aku. Mengagak siapakah gerangan jejaka berbaju kemeja hitam berseluar jeans murah ini. Mujur adik ku masuk ke rumah bersama ku, mereka dapat mengecamku. Mereka menyambung aktiviti seperti biasa, sambil kami bersalaman dengan orang2 tua.

Makanan terhidang. Ya, ayam goreng Nenek Gayah memang dinanti2kan. Rempahnya yang tak tau ape namenye memang luarbiasa. Biasanya hanya dihidangkan pada hari raya. Tapi hari ini berbeza. Ya, aku tahu memang spesial. Apa2 hal, makan dulu. Bismillah...

Sedang aku makan, Mak Su datang menerjah aku. " Awan. Pehal bertopeng2 ni," tanya beliau kepada ku sambil aku membetulkan topeng mulut yang baru2 ini popular. "Sedara2 (yang jauh) kat dalam semua tanya siapa lah yang bertopeng tu." Oh, masih ade yang masih tidak mengenal ku dengan bertopeng. Aku faham, mereke suspen menanti2kan jejaka tunang sepupu aku hadir bersama keluarganya. Kedatangan aku dengan bergaya bak pakar bedah sedikit sebanyak menggamatkan dan meminyak-anginkan suasana.

Tak lama selepas itu, sepupu ku yang bakal menghadapi UPSR tak lama lagi (insyaAllah kalau tak pospon) mengajak ku ke farmasi. "Buat pe?" Tanya aku malas. "Ala nak beli topeng. Cikgu suruh beli," pnta beliau. Aku gelak, nak tiru macam aku gak ker. Berpengaruh jgak aku ni. Hehe. Tapi malas sebab demam dan batuk. Maaf, permintaan 'denied'.

Akhirnya, beliau ke farmasi bersama bakal abang iparnya selepas beberapa jam. Dan membeli beberapa topeng muka untuk diedarkan kepada teman2 seusia yang ada dirumah nenek. Sempat la kami bergaya bergambar sikit2 dengan topeng yang masing2 kami pakai. Terdetik dihati ku, aku sedikit sebanyak telah menimbulkan kesedaran kepada yang lain, untuk mengambil berat akan isu penularan wabak selsema BABI ni.
Topeng bak GI JOE (cadangan untuk hiasan)


H satu N satu kali ini memang bukan calang2 amarannya. Dikatakan sistem pertahanan sesiapa pun masih belum mampu menetang virus ini. Simptomnya semudah demam, batuk, cirit-birit dan lain2 yang kelihatan biasa. Cerita lanjut pasal  wabak ni, sile la cari sendiri.

Jangan lah kita lupa untuk mengaitkan wabak ini sebagai bala dan peringatan dari Allah Yang Maha Kuasa. Mungkin atas keegoan dan keangkuhan manusia, mungkin disebabkan beberapa golongan saintis yang merasakan mereka sudah mengetahui dan mampu mengenggam segala-galanya di bumi ini. Merasakan diri dapat menandingi tuhan (contohnya; kemampuan menghasilkan bakteria baru untuk pelbagai aplikasi). Tidak ketinggalan terdapat teori mengatakan bahawa virus ini dicipta oleh pengeluar ubat, untuk menjual the one and only penawar keluaran mereka kemudian nanti.

Mungkin juga sebagai amaran akibat meninggalkan syiarNya yang diajarkan melalui PesuruhNya SAW (sunnah kebersihan seperti membasuh tangan, adab batuk dan bersin dll dah diamalkan oleh Nabi SAW dan sangat2 ditekankan). Lantas Allah menurunkan tenteraNya, berbentuk virus yang tidak dikenali malah 'taklut' dengan vaksin sedia ada.

Dalam majlis tempohari, mak long ku ada menyebut "Mase ni baru nampak bagus orang Jepun, kalau demam biasa pun pakai topeng muka". Benar pernyataan tersebut. Memang kebiasaan mereka itu terpuji, mengelak daripada air2 batuk dan bersin daripada merebak ke orang lain. Supaya orang sekeliling tidak terkena penyakit yang sama atau sekurang2nya menghormati sense of 'jijik'ness orang ramai.

Sayang, hal ini jarang diambil berat oleh kita umat Islam. Sering saya perhatikan kita adalah orang yang paling kuat batuk dan bersin tanpa menutup hidung, lebih2 lagi di masjid. Ramai di kalangan kita juga lah yang meludah kahak di jalan2 orang lalu-lalang. Dimanakah adab2 kebersihan kita sebagai ummat terbaik dikalangan manusia? Dimana slogan "Rasul qudwatuna - rasul ikutan kami"?

Renung2kan dan selamat betafakur...

p/s: Mari, mari wahai Ramadhan ;B