Tuesday, March 03, 2009

First Time User (2)

Assalamualaikum wbt.

Dalam keheningan malam di suatu tempat yang paling panas di Perak, mungkin juga Malaysia, aku menulis (baca : menaip). Nama macam tempat kat Kanada, tapi jauh panggang dari api. Panasnya bukan kepalang, suhu darjah celsius bukan sebarang. Komentar seorang insan yang sempat dirakamkan, " life kereta kalau kat sini memang pendek". Bermaksud: kepanasan di sini mampu merosakkan atau menghasilkan internal damage kepada parts mobil sesiapa pun. For example, getah wiper kalau tak diangkat ke atas menjauh front screen, addressnye ( baca: alamat) kena ganti baru la. Ada solusi, gunakan silicon wiper blade, berharga tak kurang RM 50 sahaja. Tak perlu angkat, tak perlu kerap mengganti. Allahuakbar, makhluk tiada kuasa. 

Bagaimanapun, aku kaget, eh kagum dengan komitmen muslimats (s dibelakang sebagai plural) yang masih saja berISTIMRAR ( istiqamah, konsiten) dengan mengenakan pakaian orang kaya. Yelah, kain yang banyak diperlukan untuk menutup litup dengan sempurna. Panas hujan, NO hal.

Hidayah NYA jualah yang memberi keIZINan (bi izdnillah) untuk aku INGIN berkongsi satu pengalaman yang tidak bisa aku ucapkan. Tapi boleh ditaip. Tengok la nanti, rajin sikit, esok insyaAllah taip.

Wassalamu...

No comments: