TRONOH, JUMAAT - Sebuah kompeni baru yakni TRONOH AERONAUTICS (TA) telah ditubuhkan oleh empat orang anak muda berwawasan yang meniti semester akhir di salah sebuah universiti swasta di sini. Tujuan penubuhan kompeni tersebut adalah untuk menghasilkan sebuah pesawat ringan tanpa kawalan (glider) bagi suatu pertandingan inovasi kreatif di universiti tersebut. Matlamat akhir mereka bagaimanapun bukanlah mendapatkan hadiah utama bernilai RM500 beserta hamper, tetapi sebagai menguji kemahiran dan kompetensi masing-masing dalam bidang kejuruteraan mekanikal terutamanya dalam aerodinamik. Berbekalkan modal permulaan RM 10, anak-anak muda ini tekad lagi bersahaja menjalankan penyelidikan untuk merekabentuk glider yang memenuhi kehendak pertandingan seperti tempoh paling lama di udara, desain yang paling kreatif, penyampaian terbaik, bahan yang digunakan dan pergerakan pesawat di udara yang terunik. Mereka bakal berdepan dengan lebih 20 pasukan bagi merebut kejuaraan itu. Pertandingan tersebut (Creative Innovation Competition, CIC) adalah yang pertama seumpamanya di universiti tersebut.
Tronoh Aeronautics,TA - Tingggi di Angkasa...
Salam, itulah serba sedikit mengenai aktiviti sampingan kami selain projek akhir tahun serta lain-lain projek kursus. Hujung pengajian barulah ada bende2 camni. Takpe la, as senior rilek2 aje tapi biar gempak hasil nya. Baru kene dengan ilmu yang kononnya lebih sikit. Apa pun:-
fas aluu ahlazdikr in kuntum laa ta'lamuun (QS 16:43)
bermaksud
"...maka tanyalah kepada ahli yang mempunyai pengetahuan, jika kamu tidak mengetahui."
Demikianlah firman ALLAH SWT dalam Quran yang sangat besar maknanya. Sangat dalam isinya, namun ringkas, tepat dan padat. Inilah arahan Tuhan kepada kita, dalam menuntut ilmu tanyalah kepada pakar2 tak kira status beliau as a muslim or not. Ali ibnu Abi Tolib r.a berkata:-
" Ilmu itu adalah mutiara yang hilang dari mukmin, jika kamu jumpai dimanapun (sesipapun) ambillah ia.."
Namun umat Islam hari ini sangat fobia dan seolah2 taboo bagi mereka mendalami ilmu2 sains, psikologi dan pengurusan yang dikembangkan dari tamadun barat. Bagi sesetengah kalangan, ilmu dari barat tersebut diangap SEKULAR dan tidak ISLAMIK. Hinggakan belajar sains dan kejuruteraan di unversiti (juga kolej2) tidak dikira sebagai 'belajar islam'. Saya tidak mahu mengulas panjang, tapi lupakah (atau tahukah) kalian bahawa ALLAH berfirman dalam Surah Ar-rum : 30:-
"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada peubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."
Senang citer, segala fitrah alam@hukum alam itu sudah sedia ISLAM (menurut aturan@sunnatullah, ex: F=ma, 99-18= 81, edaran orbit, Universe expansion rate etc).
Maka kita yang diberi pilihan mengapa masih melupakan Yang Maha Pencipta? Adakah kita mengikuti program2 dan modul2 yang diberikanNYA? Semak QS 91:8-10, lu pikir la sendirik..!
Wassalamu...
No comments:
Post a Comment